HARI KEDUA
26/07/2099
Pagi sebelum
check out adalah aktiviti bebas. Ader yg telah ke TEA BOH. Ader yg kuar
breakfast jer. Ader jugak yg beli breakfast dan makan kat umah jer...
tepat jam 11.00 berkumpul kat bawah apartment dan kunci diserahkan.
Briefing oleh Marshal (Ganah) dan meneruskan lawatan untuk hari kedua.
Lebih
kurang pukul 1200 tiba di Stawberry Health Park. Kat sini kami
menyambut ketibaan azri_89. Datang jugak dier join kiter org. Kat sini
ingat boleh pck buah tu. Tapi x boleh sebab dier seasonal. so bukan
musim dier. Xdapat la nak petik sendiri. kami pon melepakkan diri kat
atas tu makan ice cream strawberry yang sedap dan juga membeli belah
buah strawberry beserta jem.
Pukul 1 lebih kami begerak ke Uncle
Sams. Kat situ la ader Garden dan juga tempat shopping. Lama jugak
abiskan masa kat sini sampai pukul. Ader yg shopping cactus, souvenier
dan macam2 lagi. ader jugak yang sibuk bergambar. Di sini la bogonz
sekeluarga mohon pulang ke KL sebab anak nyer exam hari isnin tu dan
juga dah x larat.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke
tempat Cactus lebih kurang pukul 2 lebih. Kat situ kami lepak sambil
bergambar dan semua dah kepenatan.
Kemudian kami meneruskan
perjalanan ke Kea Farm lebih kurang dekat pukul 3. Disitu lagi bes nak
bershopping. So ader la yg shopping jeruk, buah, sayur dan macam2 lagi.
Itu merupakan destinasi terakhir kami sebelum turun. Kat sini kejap jer
sebab sumer dah x larat nak jalan. Masa juga disingkatkan kerana ader
yg nak balik ke Johor, Pahang dan juga Terengganu. Sian derang nak
terus balik.
So lebih kurang pukul 3.00 lebih kami dah trun
melalui simpang pulai. Masing2 layan korner dan juga drift. Tapi yang
betol2 drift, vios hitam tu jer... luper diri kejap... Disini la 2
peserta kita down. Tapi x der keceraan yang teruk. Cumer minor injury
jer.so masih boleh teruskan perjalanan. Cuma Kinozawa jer x dapat nak
teruskan perjalanan dan terpaksa menunggu kawan kapan datang memberi
bantuan. Report dah di upkan oleh Ignore Mie.
Lebih Kurang pukul
4 lebih kali kami tiba di simpang pulai dan makan kat kedai makan depan
balai bomba. Lama sgt kami disitu sebab rehat n tunggu sumer sampai.
Makanan pon lambat sampai. Keletihan layan drift dan korner dan
kelaparan baruu la dapat makan kat kedai. Edi (Kawan Rev) Dan 2 LC
gerak awal sebab nak balik jauh lagi ke johor. Kawan Rev escort sampai
dengkil dan 2 lagi meneruskan perjalanan.
Pukul 7 kami
bergerak pulang dan kat situ juga berpecah dengan PP dan Bard (Kawan
PP) yang akan balik ke penang. Dan kami meneruskan perjalanan dan bukan
aktiviti bebas atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. Stop yang
pertama untuk refill minyak adalah kat petronas simpang pulai. Kemudian
Tapah refill Minyak jugak setiap kali brenti ader la lebih kurang
setengah jam ke 40 minit walaupun isi minyak jer...
Kemudian kami meneruskan lagi perjalan ke next stop iaitu ulu bernam.
Kat sini ader yg group terpecah tertinggal kat belakang. Jadi derang
terlepas simpang. Bagi yang moto boleh la masuk. Tapi yang kereta iaitu
Batman, Mr Lans dan juga Adik Abob tunggu di simpang luar. Yang lain
refill minyak dan kami meneruskan perjalan untuk ke last stop iaitu
hentian sebelah sungai buloh. Semasa perjalanan tu ader tetiber ntah
saper punyer gang ntah masuk join dan mengganggu perjalanan yg lancar
tu. sekali lagi group terpecah. Dan sumer meneruskan perjalanan ke last
stop. Sumer sampai kat situ lebih kurang pukul 10 malam. Disitu sumer
berpecah dan pulang ke destinasi masing2. kat sini jugak la ramai yang
shopping luper diri tu amik barang yang ditumpangkan dalam kereta.
sumer keter penoh giler... sumer nyer shopping x ingat. yang family
lagi la.... bantal strawberry gergasi pon ader yg beli....kat sini ader
yg makan dulu. Ader yang terus balik. ader yang rest dulu... Macam2 la
ader...
Sekian sahaja laporan dari saya......