Alhamdulillah ride ni berjaya juga akhirnya...terima kasih kepada rider yg telah sama2 join ride nie :
1 - RaimiRahim
2 - Maximus 4617
3 - Abu LCPJ - LAST MINIT
4 - Jamil (member Chicken)
5 - Mizi - LAST MINIT
6 - Afad@Evirob
7 - Wasie
8 - Bibir (member Chicken)
9 - Speeder
10 - Sp33d3r
11 - Khairi
12 - Mr. Lans
13 - Mrs Lans
14 - Saha
Mizi pada mulanya hanya nk flag off sahaja di Sg Besi tetapi berjaya diracun oleh aku...terpaksa patah balik ke rumah utk kemas2 baju...Abu LCPJ pula berjaya diracun oleh Sahar dan menunggu di Tol Ayer Keroh...
18hb Disember
7.15am - Saya dan Maximus org 1st yg sampai di RV Point
7.30am - Ketibaan rider lain
9.00am - Bertolak ke RnR Seremban untuk breakfast tanpa kelibat Speeder/Sp33d3r dan Mizi
10.45am - Speeder/Sp33d3r dan Mizi tiba di Shell RnR Seremban. Bersiap untuk memulakan perjalanan
3.20pm - Selamat sampai ke destinasi dan sedia mengagihkan bilik.
7.30pm - Gerak ke Stulang Laut dan di Ketuai oleh Amin KOM135 UTM dan anak2 buahnya. Thanks to Amin sudi guide
8.15pm - Sampai destinasi. Park moto dan siap untuk dinner
10.30pm - Bergerak menuju ke Danga Bay untuk sesi aktivit bebas.
12.00am - Gerak pulang ke tempat menginap.
19hb Disember
10.00am - Bersiap-siap untuk menuju ke Kota Tinggi Waterfall
11.15pm - Sampai di Waterfall. Jalan yg seakan-akan Klawang tapi pendek jerk. Sampai sahaja disini ade yg cuci mata,ade yg shopping makanan ringan sikit.
1.45pm - Bersiap-siap dan bertolak ke Bandar Kota Tinggi untuk Lunch dan selepas itu bergerak menuju ke Tjg. Piai (Penghujung Benua Asia).Sepanjang perjalanan hujan dan terpaksa berhati-hati berikutan jalan licin.
5.30pm - Sampai di destinasi dan sesi bergambar di pintu masuk Hutan Simpan Bakau.Melihat perlabuhan kapal² kargo di perlabuhan Singapore.
7.00pm - Bersiap-siap dan bergerak ke Bandar JB untuk sesi Dinner di Restoran Singgah Selalu di mana dapat menyaksikan kekalahan Liverpool di tangan Pouthmorth 0-2. Disini dapat disaksikan ke'gentle'lan Mizi memberi sepotong dua buah kepada seorang aweks.
10.45pm - Selesai makan bergerak pula ke Dataran Johor Bahru untuk sesi lepak2, ayat aweks, bergambar
11.15pm - Badan pun dah letih so gerak balik tempat penginapan
20hb Disember
10.00am - Bergerak ke Taman U untuk sesi service moto, basuh moto (tergendala berikutan hujan) dan mencari memori card baru utk camera Mr Lans
12.00pm - Bertolak ke rumah saya untuk sesi Lunch
3.30pm - Bersiap-siap untuk check out, penyampaian sijil Ride to JB dan bergambar kenangan sebelum berpisah dengan KOM135 UTM. Ade berlaku pertumpahan air mata di sini dimana salah sorang KOM135 UTM (girl) menitis air mata.Sedih yg amat bg beliau. Lalu ade adegan pujuk-memujuk dari Wasie. Ouuuwwhhh...romantika
5.00pm - Bertolak pulang ke KL dengan maintain speed 140-160km/j (meter LC la..)
11.00pm - Selamat sampai ke KL dan berkumpul semula di Petronas slps Tol Sg Besi untuk bersalam-salaman sebelum berpisah.
Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rider yg join ride kali ni...saya juga memohon maaf seandainya ade kekurangan sepanjang ride ni berlangsung.Next time kite blh bt lagi ride ke JB...Halalkan ape yg terlebih dan maafkan ape yg terkurang...Sekian ringkasan report dari saya...Gambar boleh bertanyakan kepada Mr Lans dan Video boleh bertanya pada Afad@Evirob..
Last edited by Chi Kent on Tue 22 Dec 2009, 3:28 am; edited 1 time in total