Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Komuniti Rider Moped Malaysia

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

+9
GanahSokmo
Wasie
Admin
Sp33d3r
Zul.Caffan.Su-47
faqih86
Chi Kent
kInOzAwA
AwEk$ S@kti
13 posters

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sun 09 Aug 2009, 10:17 am

    Salam ukhwah fillah...sedikit perkongsian dari ana...

    10 Perkara Yang Dibenci Allah S.W.T:

    Allah s.w.t benci kepada 10 perkara yang dimiliki oleh 10 jenis manusia:

    1)Sifat bakhil dari orang kaya.
    2)Takabbur dari orang-orang fakir.
    3)Sifat tamak dari para ulamak.
    4)Sedikit (sahaja) rasa malu dari kaum wanita.
    5)Kecintaan kepada dunia dari orang-orang tua.
    6)Sifat malas dari para pemuda.
    7)Kezaliman dari pemimpin.
    8)Sifat penakut dari orang-orang yang berperang.
    9)Sifat ujub dari hamba-hamba yang zahid.
    10)Sifat riyak dari para ahli ibadah. (kata-kata ahli hikmah)


    wallahu'alam bis sowab...
    Zul.Caffan.Su-47
    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7673

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 Wed 12 Aug 2009, 4:43 am

    sifat2 ni kebanyakkan masyarakat kita ada pada hari ini

    nak tanya... kenapa dikalangan ulama sendiri ada yg bertelagah
    mcm mufti2 kat negara kita ni... mcm pelik ar pulak
    Sp33d3r
    Sp33d3r
    Expert MRC
    Expert MRC


    Posts : 1589
    Reputation : 1
    Join date : 04/08/2009
    Age : 41
    Location : Keramat

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sp33d3r Wed 12 Aug 2009, 5:06 am

    lagi satu nak tanyer berkenaan tanggungjawab sebenar untuk suami dan isteri dalam islam.
    Wasie
    Wasie
    Moderator Bengkel & Modifikasi
    Moderator Bengkel & Modifikasi


    Posts : 731
    Reputation : 6
    Join date : 30/06/2009
    Age : 36
    Location : Gombak - Bangi - Semenyih

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Wasie Tue 18 Aug 2009, 10:38 am

    Kalu ikutkan Islamic family law...
    dan juga ikut syariat islam skarang...
    Syurga Isteri semestinyer dibawah tapat kaki suami....
    segala perkara yg bercanggah ngan suami adalah dilarang selagimaner x berselisih ngan syariat...
    sebagaimana yg dimaklumkan...
    suami pula tugasnyer...
    mencari nafkah...memberi nafkah..memenuhi keperluan kehidupan...pling penting menjaga keluarga....
    disamping tue juga....suami perlu ingat bahawa...syurganyer berada dibwah tapak kaki ibu kandungnyer....
    Sp33d3r
    Sp33d3r
    Expert MRC
    Expert MRC


    Posts : 1589
    Reputation : 1
    Join date : 04/08/2009
    Age : 41
    Location : Keramat

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sp33d3r Tue 18 Aug 2009, 11:05 am

    tq 4 d info... Very Happy
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Thu 20 Aug 2009, 12:33 pm

    Salam uhkhwah fillah....Marhaban ya Ramadhan....

    Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan Ogos ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
    Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.
    Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.
    Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.
    Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

    Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur. Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

    Solat fardu
    Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
    Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

    Disini ana sertakan sedikit dari huraian Riwayat Bukhari & Muslim:

    i) Puasa merupakan perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
    ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
    iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
    iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
    v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

    ape2 pun ana nk tekankan sgt2 disini,di bln puasa ni, latihlah diri kita utk solat wajib penuh tanpa ada tinggalkannya...msing2 boleh berfikir, apakah kt berpuasa itu diterima Allah jika kt tidak bersolat??nauzubillah...sia2 sahaja kt berpuasa, tetapi tidak solat wajib...ana pernah mendengar ustaz Hasrizal(saiful islam.com) menyatakan seseorang yg puasanya tidak diterima Allah adalah kerana tidak mengerjakan yang wajib yg berkait dgn puasa iaitu solat wajib..maka renungkanlah, ingatlah semula basic bg umat islam iaitu rukun islam 5 perkara...sekian nasihat utk diri ana dan utk sahabat2 sekalian...jazakallah...semoga puasa kt pd bulan ini kt azam utk berubah dan supaya kt mendapat rahmat Allah S.W.T di bulan ramadhan in....amin...

    wallahu'alam bis sowab...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Thu 20 Aug 2009, 12:53 pm

    TAWARAN TERHEBAT HANYA DIBULAN RAMADHAN AL-MUBARAK...SILA CLIK PADA PICTURE...RUGI TU KLAU X TGK...

    [img]PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 23772468.th[/img]
    GanahSokmo
    GanahSokmo
    Emperor Of Spammers
    Emperor Of Spammers


    Posts : 918
    Reputation : 0
    Join date : 30/06/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by GanahSokmo Fri 21 Aug 2009, 7:53 am

    dah klik dah....
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Fri 21 Aug 2009, 7:56 am

    shaye ada soalan ni
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 21 Aug 2009, 7:57 am

    soalan ape?
    GanahSokmo
    GanahSokmo
    Emperor Of Spammers
    Emperor Of Spammers


    Posts : 918
    Reputation : 0
    Join date : 30/06/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by GanahSokmo Fri 21 Aug 2009, 8:11 am

    BabY S@kti wrote:shaye ada soalan ni
    sok lan per tu....adakah soklan berkenaan abg ghetto neh????
    Sp33d3r
    Sp33d3r
    Expert MRC
    Expert MRC


    Posts : 1589
    Reputation : 1
    Join date : 04/08/2009
    Age : 41
    Location : Keramat

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sp33d3r Fri 21 Aug 2009, 8:27 am

    tanyer la baby soklan aper?
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Fri 21 Aug 2009, 11:47 am

    [quote="Mr. Ganah"]
    BabY S@kti wrote:shaye ada soalan ni
    sok lan per tu..

    bukan la!
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Fri 21 Aug 2009, 11:52 am

    kalo kte kne suntik masa bulan pose tak pe kan?
    puasa kita tak terbatal kan?

    shaye tanya ghetto die kata tak batal.

    shaye tanya nurse dia kata alang2 bukak je pose sebab ia akan memberi effect kalo shaye berpuasa.

    shaye tanya mama...mama mmg tak bg puasa la.

    shaye tanya kkak...kakak kata pose je la.

    shaye kne dengar cakap siapa?
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 21 Aug 2009, 12:08 pm

    klu nk ikutkan..poser tu menahan lapar dan dahaga...kena suntik bkn memasukkan sesuatu ke dlm badan?memasukkan sesuatu kedalam ruang rongga dikire batal puasa tersebut...badan kite ni terlalu byk rongga-rongga kecil yg kite tak lihat dgn mata kasar...
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Fri 21 Aug 2009, 12:10 pm

    so jawapan nye?

    [die pulak tanya aku budak ni]
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 21 Aug 2009, 12:18 pm

    maknanya...ko mkn la brapa byk ko nk mkn...ahahahahaha...
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Fri 21 Aug 2009, 12:23 pm

    hurm

    xpela baby tunggu faqih jawab
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 21 Aug 2009, 12:27 pm

    hah...tanya ustaz tue
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Fri 21 Aug 2009, 12:28 pm

    hurm
    tengah tanya la ni!
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 21 Aug 2009, 3:39 pm

    Salam ukwhah fillah...ana cuba menjawab semampu mungkin berpandukan Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Benda-benda Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan. Sila baca dan Sila bertanya jika tidak faham...jazakallah..

    Berkenaan Benda-benda Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan

    Sesungguhnya Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia.
    Ia telah memutuskan apa yang berikut:

    Pertama: Perkara-perkara berikut tidak dianggap termasuk dari pembuka-pembuka Puasa:

    1. Titis mata, atau titis telinga, atau pencuci telinga, atau titis hidung, atau semburan hidung, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

    2. Pil-pil ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk menangani sesak nafas dan selainnya, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

    3. Apa yang memasuki faraj daripada supositori(*), atau cucian, atau teropong faraj, atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

    4. Memasukkan teropong atau spring(**) dan selainnya ke dalam rahim.

    5. Apa yang memasuki kemaluan, iaitu saluran kencing yang zahir pada lelaki dan wanita, dari titis (saluran halus), atau teropong, atau bahan yang dikenakan sinaran, atau ubat, atau larutan untuk mencuci pundi [kencing].

    6. Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

    7. Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

    8. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

    9. Gas oksigen.

    10. Gas-gas anestetik (bius) selama mana tidak diberikan pesakit tersebut cecair-cecair (larutan-larutan) nutrien.

    11. Apa yang memasuki tubuh secara diserap melalui kulit; seperti minyak, salap, pelekat-pelekat berubat pada kulit yang membawa bahan-bahan berubat atau kimia.

    12. Memasukkan tiub (saluran halus) ke dalam saluran darah untuk mengambil gambar atau merawat saluran jantung atau anggota-anggota lain.

    13. Masukkan teropong melalui dinding perut untuk memeriksa usus atau menjalankan operasi pembedahan terhadapnya.

    14. Mengambil sampel (cebisan) hati atau anggota-anggota lain, selama mana tidak diiringi dengan pemberian larutan.

    15. Teropong perut, sekiranya tidak mengiringinya pemasukan cecair-cecair (larutan-larutan) atau bahan-bahan lain.

    16. Masuk apa-apa alat atau bahan rawatan ke dalam otak atau saraf tunjang.

    17. Muntah tidak sengaja, berlainan dengan yang sengaja (memuntahkan).

    Kedua: Seseorang doktor Muslim harus menasihatkan pesakit untuk menanggungkan apa yang tidak memudharatkan penangguhannya, sehingga sesudah berbuka, bentuk-bentuk rawatan yang disebut sebentar tadi.

    Ketiga: Penangguhan menerbitkan keputusan di dalam bentuk-bentuk yang berikut, kerana keperluan untuk tambahan kajian dan penyelidikan berkenaan kesannya terhadap Puasa, berserta penumpuan terhadap apa yang datang di dalam hikmah-hikmatnya daripada hadith-hadith Nabi dan athar-athar daripada para Sahabat:

    a- Pembekaman dan bekam.

    b- Mengambil sampel darah makmal untuk pemeriksaan, atau memindahkan dari daripada orang yang menderma, atau menerima darah yang dipindahkan.

    c- Suntikan yang digunakan di dalam merawat kegagalan buah pinggang dengan menyuntik pada membran yang melapik dinding rongga abdomen (peritoneum) atau pada buah pinggang buatan.

    d- Apa yang memasuki dubur daripada suntikan dubur, atau supositori, atau teropong, atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

    e- Operasi-operasi pembedahan dengan anestetik am, sekiranya pesakit telah berniat puasa sejak malam, dan dia tidak diberikan sedikit pun cecair-cecair (larutan-larutan) bernutrien.


    kesimpulan, berdasarkan persoalan yg ditimbulkan, ia terletak pd no.8, jadi, maknanya disini, batal puasa jika suntik dgn sengaja iaitu hanya utk
    bertenaga,walhal jikalau disuntik selepas berbuka masih boleh, dan harus serta tidak batal hukumnya jika seseorang suntik utk meneruskan hidup serta dalam keadaan darurat, jika dia x suntik time tu jugak, dia akan sakit. Manakala bagi yg suntik utk kesihatan badan supaya bertenaga, x blehla, tunggu la lps berbuka...x jd masalah kan??...tp ttg ini sbnrnya byk khilaf dari ulama,ia normal kerana melibatkan hukum Fiqah... ada yg mengatakan kene ganti puasa, ada yg menyatakan tidak,jadi,kt mengambil mna yg kt rsa lbh yakin....ape2 pun semua dtg dari Allah...Wallahu'alam..
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 21 Aug 2009, 4:05 pm

    terima kasih ustaz
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 21 Aug 2009, 4:40 pm

    afwan...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 21 Aug 2009, 7:52 pm

    Salam mardhatillah...sedikit perkongsian dari sahabat ana...

    "ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dlm segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat." Amin..
    slmt mnymbut ramadhan al-mubarak. Smoga kita beroleh keberkatan darinya & diampunkan segala dosa2 kita yg terdahulu.
    Ana nak berkongsi ilmu yg baru ana perolehi dari mjlis ilmu yg ana sertai baru2 ini. Topik utama adalah berkaitan dgn ibadah puasa.Namun apa yg ana nak igtkan pd diri ana sendiri serta saudara2qu sekelian kursus ttg sebuah hadis yg boleh jd renungan kita bersama utk memperbaiki diri serta amalan2 kita ketika menjalani ibadah puasa.Hadis tersebut:
    Rasullah SAW pernah bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga”. (HR: Nasai & Ibnu Majah).
    saudara2qu sekalian,inilah realitinya skrg yg terjadi pd kita umat Muhammad Rasulullah saw.Pada hakikatnya kita berpuasa menahan lapar & dahaga namun kita langsung x mendapat pahala mahupun apa2 selain lapar & dahaga.Kenapa semua ini terjadi? Mari kita renungkan sejenak.
    Kita berpuasa, namun kita tidak menunaikan amalan wajib yg menjadi tgjwb yg telah diamanahkan oleh Allah swt kpd kita. Sbgai cnth, kita berpuasa namun kita tidak mendirikan solat! adakah ibadah puasa kita ditrima Allah? Sedangkn Solat itu membezakan kita umat Islam dgn org2 kafir!Igtlah saudara2qu sekalian, perkara pertama yg akan dihisab ialah ibadah Solat kita. Sempurnakah solat kita slama ini? Jika perkara wajib ini ditinggalkan adakah puasa kita ditrima oleh Allah?

    Selain itu,amalan2 lain yg turut menjadi2 pada dewasa ini yg mendatangkan dosa pada kita samada kita sedar mahupun tidak seperti mengupat!, tidak menutup aurat!, menggunakan pancaindera kita yg dikurniakan oleh Allah kpd kita utk memudahkan sgala urusan kita smada utk bekerja mahupun beribadah kpd Allah namun kita masih tidak bersyukur, sebaliknya menggunakan ia utk menentang Allah! cnthnya melihat perkara yg tidak sepatutnya,mencuri, mendegar & mengupat dll! Inilah amalan2 yg smada kita sedar mahupun tidak kita sedang melakukan dosa pada Allah. Jd apakah nilai ibadah puasa kita saudara2qu sekalian!
    nauzubillah..

    Sedarlah saudara2qu sekalian,ramadhan ini merupakan hadiah Allah kepada umat Muhammad rasulullah saw. Bulan yg Allah janjikan keampunan bg hamba2Nya yg bertaubat kembali kepadaNya. Bulan yg Allah melipat kali gandakan pahala amalan kebaikan,bulan yg di kenali Shahrul Baraqah(Bulan diberkati Allah).Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan ini utk kmbali memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada Allah. Menunaikan tanggungjawab kita bg amalan2 wajib, memperbayakan amalan2 sunat, dgalakan melakuan amalan2 harus, tinggalkan amalan2 haram & amalan2 lagha, cubalah tidak melakukan amalan2 makruh. Banyakan zikirullah,banyakan bertaubat,cubalah kawal pancaindera kita & cubalah tundukan nafsu kita.
    Saudara2qu sekalian,pernahkah kita terfikir jika ramadhan yg hadir ini merupakan ramadhan terakhir bg kita??Tiada lg ramdhan selepas ini jika kita kembali pada Allah(Mati/meninggal dunia). Sedarlah saudara2qu bahawanya setiap yg hidup di dunia pasti mati meninggalkan dunia utk kembali pd Allah & ingtlah yg kita akan dihisab di atas segala perbuatan kita di bumi Allah ini,setiap amalan/perbuatan akan mendapat balasan yg setimpal. Ayuh saudara2qu,jgnlah kita mensia2kan ramadhan kali ini.Cubalah kita bygkan yg ramdhan kali ini merupakn ramdhan yg terakhir bg kita. Oleh itu,marilah kita berazam utk memperbyakn amalan kepada Allah & memperbyakn memohon taubat kepada Allah. Jgnlah kita termasuk dikalangan org2 yg rugi yg tidak mendapat rahmat Allah swt.

    Semoga Allah merahmati kita semua...Wallahu'alam...
    BabY S@kti
    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 38
    Location : Sarawak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti Sat 22 Aug 2009, 3:57 am

    8. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

    so shaye tak buleh puasa la ye kamo.
    hurm..
    tp kan..masa shaye buat rawatan kat melaka tu.
    dia kata dari segi perubatan tak pe.

    tu yang shaye kompius tu.
    so kalo kamo da ckp mcm tu shaye macam yakin skit la.

    so tak perlu la shaye puasa ye.

    [mati aku nak ganti]

    Sponsored content


    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 2 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 10 May 2024, 11:41 am