Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Komuniti Rider Moped Malaysia

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

+4
gillbeits
LcBoy135z
Wasie
kInOzAwA
8 posters

    Bincang pasal Proc AMD VS Intel

    Poll

    Pilih salah satu processor pilihan anda?

    [ 4 ]
    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 I_vote_lcap44%Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 I_vote_rcap [44%] 
    [ 5 ]
    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 I_vote_lcap56%Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 I_vote_rcap [56%] 

    Total Votes: 9
    kInOzAwA
    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 44
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 Empty Re: Bincang pasal Proc AMD VS Intel

    Post by kInOzAwA Mon 30 Nov 2009, 10:56 pm

    aku dah mencuba pakai amd Phenom II X4 955 BE (3.2Ghz overclock ke 3.85Ghz)sebelum ni.. hasil dia ok ler... so, aku dah let go dah pon rig amd aku tu dan mencuba Intel I7 pulak sekarang... mmg ler best.. tapi gaming sama je x byk efek sgt.. tapi kalau nak buat keje rendering mcm multimedia, video editing, etc.. mmg terbaik laa.. jauh lebih baik dari AMD high end yg aku pakai tu.. Walaupun AMD high end sekarang Phenom II X4 965 BE bila overclock paling tinggi pon sama je dgn 955 BE. stock je tinggi sket dari 955 tapi x jauh, 3.4Ghz je... Tapi malang buat AMD, blm lagi bleh cecah 4Ghz dgn stabil walaupun dah byk forum yg aku usha-usha termasuk ler forum OC international terbaik, ExtremeSystem.org. Yg breaking record AMD sampai 6.5Ghz tu pon sbb guna liquid nitrogen. Guna WC pon x dpt gak 4Ghz dgn stabil. Intel punya platform, overclocking ability lebih tinggi 4Ghz tu perkara biasa je.. Record intel 8Ghz pon ada.. lagi tinggi dari AMD... huhuuhuhuh tapi temp lebih panas ler...
    Zul.Caffan.Su-47
    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7673

    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 Empty Re: Bincang pasal Proc AMD VS Intel

    Post by Zul.Caffan.Su-47 Tue 01 Dec 2009, 4:59 am

    tp kalau nak bandingkan dua2 aku rasa intel lebih stabil la dr segi performance for work business n gaming... kalau amd aku rasa gaming je boleh tahan tp for business working mcm hampeh sket... so nilai pulangan more to intel.. tp tu ar intel mahai bebenor la pulak... sebab tu amd laku kat malaysia... ahahhahahahahaha..
    Admin
    Admin
    Administrator
    Administrator


    Posts : 46
    Reputation : 0
    Join date : 29/06/2009
    Age : 66
    Location : Klang Valley

    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 Empty Re: Bincang pasal Proc AMD VS Intel

    Post by Admin Thu 31 Dec 2009, 1:46 am

    rasanya dua-dua proc tahan dari segi apa pon. cuma yang paling ketara kalau dibenchmark je. intel lebih luar biasa dari amd bila buat benchmark utk tahu tahap performance processor tersebut. dari segi games, dua-dua ada pro kontra, ada games amd lebih score dari intel dan ada games intel lebih score dari amd. tetapi untuk kerja-kerja multimedia rendering, video editing, extensive graphics, intel lebih menonjol begitu jugak dgn multi-tasking intel juga lebih menonjol kerana:
    - Bandwidth memory Intel yang lebih tinggi dari AMD
    - jarang berlaku kes bottleneck seperti yang berlaku pada processor AMD bila guna graphic card high end
    - Lebih banyak pilihan bila menggunakan intel
    - Tahap overclock FSB lebih tinggi dari AMD; overclock intel lebih mudah berbanding AMD...

    AMD jugak ada kelebihan:
    - Value buy. High end AMD spt Model Phenom II 965 / 955 AM3 socket lebih murah dari siri Intel Core 2 Quad 9550. Performance-wise boleh dikatakan tidak jauh beza, cuma AMD ketinggalan dari segi bandwidth memory dan speed read sahaja.
    - Sesetengah processor AMD boleh diunlock dari 2 core menjadi 4 atau 3 core. Contohnya model Phenom II 550 BE, kalau dpt good batch bleh unlock jadi 4 core 4 thread daripada 2 core asalnya. Nama akan turut berubah jadi B50 bila di view dalam CPUZ.
    - Processor AMD sekarang lebih kurang panas suhunya berbanding intel.
    - Processor model Phenom II AM3 boleh digunakan pada motherboard DDR2 (AM2+). Jadi tidak perlu utk keluar duit lebih kalau dah guna mobo dari AM2+, syaratnya cuma perlu update bios pada mobo tu je utk support AM3 processor dan memperbetulkan bugs yang ada pada motherboard sbl ni.

    So, tepuk dada tanya selera.. terpulang kepada pilihan masing-masing. Dua-dua ada kelebihan. Tak dinafikan Intel masih mendahului AMD lebih lebih lagi kerana model processor high end terbaru spt Core i5/i7 dgn dua pilihan socket LGA 1366 (i7 1366) dan LGA 1156 (i5/i7 1156). Tapi $$$$ masih tinggi dipasaran...
    kInOzAwA
    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 44
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 Empty Re: Bincang pasal Proc AMD VS Intel

    Post by kInOzAwA Wed 06 Jan 2010, 2:59 am

    salam... Proc Intel Core i3 dah dijual kat setengah kedai... Sekarang ni socket 1156 punya processor dah keluar agak meriah...

    antaranya:

    memula keluar---- (senarai processor yg menggunakan teknologi 45nm)
    i5 750: harga RM7XX
    pastu i7 860: harga RM10XX
    pastu i7 870: harga RM18XX - RM19XX (proc paling high end dalam socket 1156)

    yang baru muncul skang (bulan januari 2010) senarai processor dgn teknologi 32nm:
    i3 530: RM4XX
    i3 540: RM5XX
    i5 650: RM71X
    i5 661: RM76X

    beza dia mcm ni:
    i3 ni dual core yang akan gantikan tempat intel core 2 duo yang ada sekarang. tak lama lagi socket 775 akan stop production bila produk intel i3 dah jadi mainstream.. so i3 1156 akan gantikan tempat core2duo (C2D) intel socket 775 sekarang. i3 guna technology baru dgn sistem teknologi 32nm menggantikan 45nm yang diguna pada socket high end / mid end yang ada sekarang.. sbl tu 65nm... start daripada i3 hingga ke i7 version socket 1156 ada integrated graphic processor dan integrated memory controller (IMC pon ada kat socket 1366) dan dah tak guna sistem lama intel yang buat kali terakhir ada kat socket 775 iaitu FSB @ front side bus. FSB mula digunakan sejak tahun 1978 - 2008 (775)..

    i5 ni pulak quad core yang akan gantikan tempat intel core 2 quad yang ada sekarang.

    i7 lak kekal sebagai most high end produk untuk intel. Ia berbeza dgn intel i5 dari segi hyper threading technology yang mana ada dkt pentium 4 dulu tapi stop masa core2duo keluar, sekarang intel buat balik benda tu dkt i7 proc. socket 1156 i7 ada integrated graphic processor, sementara i7 versi 1366 takde integrated graphic processor. Akan dtg maybe dalam pertengahan tahun ni atau akhir tahun processor i9 akan keluar yang mana diketahui umum processor sixth core @ hexacore... Processor i9 menggunakan motherboard socket 1366 yang mana dipakai sekarang oleh i7 1366 dan xeon processor (processor server). i9 x keluar utk socket 1156. So, socket LGA1366 target utk high end enthusiast user sementara LGA1156 akan jadi platform utk mainstream user.

    Beza yang lebih jelas berkaitan i7 kat sini:
    -i7 socket 1156 lebih sesuai utk mereka yang nak pakai high end tapi nak guna 1 je graphic card @ tak nak buat crossfire / sli.. so ni lebih sesuai.. socket 1156 ada 4 slot je utk ram tapi ada mobo gigabyte yang keluarkan 6 slot ram utk socket 1156. Support Dual channel memory utk ram.
    -i7 socket 1366 lebih sesuai utk mereka yang nak pakai high end tapi nak buat crossfire @ sli.. dan giler bandwidth. Slot ram kat mobo 1366 biasanya ada 6. so, ram tu dijual secara 3 sticks. Harga pon lebih mahal dari ram utk socket 1156. Support Triple channel memory utk ram.

    senarai harga dan list utk i7 socket 1366 plak (45nm technology):
    - i7 920: RM10XX
    - i7 940: RM1XXX
    - i7 950: RM18XX
    - i7 965 extreme edition: RM2XXX
    - i7 975 extreme edition: RM3XXX


    Sekian review utk hari ni... kalau ada soalan bleh ler tanya berkaitan sebarang jenis processor yang terlibat.

    rolleyes

    Sponsored content


    Bincang pasal Proc AMD VS Intel - Page 2 Empty Re: Bincang pasal Proc AMD VS Intel

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sun 19 May 2024, 9:16 pm