alhamdulillah, opening ride RMC bagi 2010 berjalan dengan lancar, walaupun ada sedikit rintangan yang dihadapi, namun begitu tidak mematahkan semangat warga RMC, MRC, RXZ Malaysia, Kawasaki Malaysia dan ZZRians untuk bersama menjayakan program kita ini. Menurut kiraan motor, lebih 85 bijik motor dan 5 buah kereta turut serta dan program ini dianggar 100 orang yang telah hadir.
Ramai riders yang sudah tiba di RV point iaitu Esso di RnR Jejantas Sg Buloh seawal jam 4.30 petang. Walaupun hujan lebat ketika itu, ini tidak mematahkan semangat warga RMC dan kawan2 lain untuk hadir memeriahkan program. Setelah semua hadir di lokasi RV, taklimat ringkas disampaikan oleh saya sendiri dan doa telah dibacakan oleh ID Batman. Tayar golek jam 6.30 petang dan terus ke check point pertama di Shell Tanjung Malim untuk isi minyak.
Ride diteruskan hingga ke Exit Behrang, dimana Yusrizal @ jln_bekelan sudah menanti. Konvoi tiba jam 7.30 mlm dan taklimat diberikan oleh Yus.
konvoi diteruskan ke lokasi, namun ada pula yang sesat termasuk saya sendiri. Akhirnya semua tiba di lokasi dalam jam 9 malam. Makanan yang sudah terhidang amat menyelerakan. Ulam, tempe pucuk paku, kuah kacang dan bbq ayam, udang dan kerang telah menjadi rebutan semua. Sesi sembang dan berkenalan antara satu sama lain dijalankan secara tak langsung demi mengeratkan hubungan silaturrahim. Selang seli dengan karaoke oleh abg2 dan kakak2 semua..memang merdu sekaliii...
Jam 11.15, sesi fotografi dan pusing helmet (derma sorang ckit)...dan jam 12 malam, semua bertolak balik...
apa2 pun memang best! dan sambutan amat menggalakkan!
terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan!
-matasura-
report dari aweksakti
Pada 16/1/2010 telah diadakan satu konvoi pembukaan 2010 oleh RMC ke Behrang. Ride pembukaan ini telah disertai oleh 85 buah biji motor pelbagai jenis serta 3 buah kereta. Konvoi ini adalah bertujuan untuk ride santai sambil mengeratkan hubungan di antara ahli komuniti RMC di Malaysia. Segalanya berlangsung tanpa sebarang kecelakaan jalan raya.
Acara bermula, dengan berkumpul di Hentian Rehat Jejantas Sg Buluh pada jam 4.30 petang. Walaubagaimana pun waktu acara sebenar terpaksa dilanjutkan akibat hujan. Lebih kurang jam 6 petang. Acara di teruskan dengan upacara taklimat dan bacaan doa. 6.15petang perjalanan diteruskan dengan membahagikan ahli kepada dua kumpulan agar aktiviti konvoi dapat dijalankan dengan lancar serta tanpa mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada penunggang yang menunggang motor berkuasa 135cc ke bawah. Kumpulan ini dilepaskan 10 minit lebih awal agar tigak menganggu peredaran jalan raya. Perjalanan kumpulan ini di kawal oleh Marshal RMC yang terlatih. Seterusnya kumpulan yang kedua adalah kumpulan motor yang berkuasa 150 cc ke atas kumpulan ini juga dikawal oleh Marshall RMC yang terlatih.
Perjalanan berjalan dengan lancar. Keadaan hujan yang turun dengan tidak menentu tidak mematahkan semangat para peserta. Pada jam 7.30ptg peserta konvoi ini berhenti di hentian rehat....... untuk mengisi minyak. Setelah itu perjalanan diteruskan,pada jam lebih kurang 8.15 pasukan konvoi ini tiba di tol Behrang. Sekali lagi taklimat ringkas diberikan dan 8.30 malam pasukan konvoi bergerak ke destinasi. Dari sini pasukan konvoi bergerak dalam keadaan lebih berhati-hati kerana jalan masuk ke destinasi agak gelap,sempit, basah serta licin.
Pada jam 9.00 mlam pasukan konvoi ini selamat ke destinasi. Setibanya di destinasi en.... memberikan ucapan alu-aluan. Seterusnya majis di teruskan dengan acara makan malam yang ditaja oleh....dengan menu yang sungguh istimewa antaranya ayam panggang, ikan keli bakar, kerang bakar, serta ulam-ulaman. Selain itu juga ada di antara ahli RMC yang menunjukkan bakat nyanyian dengan acara karaoke. Setelah selesai makan dan berehat para pasukan konvoi bergambar kenang-kenangan dan bergerak pulang pada jam 11.00 malam.
Marshall RMC memberikan taklimat, dan bergerak ke hentian tanjung malim untuk isi minyak dan taklimat ringkas.setelah itu pasukan konvoi meneruskan perjalanan pulang dan akan berkumpul semula di hentian Sg buluh, di dalam perjalannan pulang kelihatan ada di antara ahli RMC yang mengalami masalah dengan motor. Namum masalah diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan yang lain.
Jam 1.00 pagi. Kesemua pasukan konvoi tiba di hentian Sungai Buluh. Peserta konvoi bersalam-salaman untuk pulang ke destinasi masing-masing. Demikianlah tamatnya konvoi pembukaan RMC. Segalanya berjalan dengan lancar. Terpancar riak wajah kegembiraan dan keseronokkan di wajah ahli RMC setelah tamat acara konvoi.